Saturday, 16 April 2011

erti disebalik bunga mawar..

bunga mawar..



assalamualaikum dan salam sejahtera,  
Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm(wikipedia).
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga parennial, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga baru bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu.bunga mawar mempunyai bau harum,biasanya mawar kampung (damask rose)mempunyai bau yang paling kuat.Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta(wikipedia).

tak semua orang tahu maksud disebalik warna bunga mawar. bunga mawar bukan saja cantik tapi mempunyai warna yang berbagai dan mempunyai maksud yang tertentu. kebiasaannya bunga mawar ini digunakan bagi menyampaikan perasaan kita terhadap pasangan, sahabat atau kepada sesiapa sahaja. mari kita lihat apakah maksud disebalik warna bunga mawar...
                       


MAWAR MERAH (Red Rose)
Love, Respect, Courage, Passion, Well Done, Congratulations

mawar merah biasanya di gunakan untuk mengungkap perasaan cinta diantara pasangan yang bercinta atau pun pasangan yang ingin bercinta. bunga mawar ini tidak hanya menyatakan maksud persaan cinta malah turut melambangkan penghargaan dan keberanian. bagi pasangan yang bercinta, eloklah menghadiahkan bunga mawar ini untuk kekasih anda.




MAWAR merah jambu muda dan tua (Pink Rose)

Happiness, Elegance, Romance, Admiration, Sweetness, Thank You

 
kebiasaanya mawar merah jambu ini melambangkan kebahgiaan. warna merah jambu ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu merah jambu yang warnanya pekat melambangkan maksud terima kasih, manakala warna merah jambu yang pudar melambangkan maksud kagum atau simpati kepada si penerima.

Mawar Putih (White Rose)
Purity, Secrecy, Innocence, Reverence, Worthiness

Mawar putih mempunyai beberapa erti yang khusus.Sesuai dengan warnanya, Mawar putih memiliki erti seperti kesucian, kerendahan hati, serta penghormatan. Mawar putih merupakan warna yg paling neutral sesuai untuk dalam apa jua keadaan


Mawar Orange ( Orange Rose)

indicate enthusiasm, desire and fascination

Warna orange melambangkan antusiasme dan semangat. Disamping itu mawar oranye ini juga dapat digunakan untuk memberitahukan orang lain bahawa anda ingin mengenal orang tersebut secara lebih dalam.



Mawar biru (blue rose)


fantasies, hoping for miracles, new opportunities and possibilities

"Mawar Biru juga memberi maksud perasaan cinta yang mendalam pada pandangan pertama, yang terpesona oleh sesuatu atau seseorang. Warna biru juga secara tradisional dikaitkan dengan darah kerajaan (royal blood), Dan dengan demikian mawar biru juga boleh menunjukkan keagungan dan kemegahan agung" mawar biru juga sebagai simbol misteri atau  sesuatu yang tak dicapai.


Mawar Kuning (Yellow Rose)

Friendship, Caring, Welcome or Welcome Back, Joy

Bunga mawar kuning menjadi lambang persahabatan dan kegembiraan. TAPI bunga ros kuning juga memberi lambang cemburu terhadap seseorang. Jadi untuk mengelakkan salah faham, bagi bunga dengan nota sekali.


Mawar Peach  (Peach Rose)


Appreciation, Sincerity, Gratitude, Modesty

Warnanya bunga mawar ini mirip sekali dengan buah pich dan sangat cantik sekali dan memancarkan kehangatan tersendiri. bunga mawar peach simbolik kepada penghargaan. Bunga mawar ini dapat digunakan bagi melambangkan persahabatan dan persaudaraan, kekaguman, serta penghargaan kepada orang lain. 

*kepada sesiapa yang suka memberi bunga dan menerima bunga mawar pastikan anda tahu apa maksud yang tersirat di sebalik warna bunga tersebut.




No comments:

Post a Comment